Thursday, December 4, 2008

Tidak perlu kecewa kerana insan yang tidak menghargai!!!

Posted by Mizz LiN at 12:16 PM

Sesungguhnya manusia sering kali tewas dalam percintaan..
Sering kali kita sebagai seorang manusia normal,kita akan kecewa apabila sesuatu itu tidak seperti yang kita harapkan...
Namun, pernah kah kita terfikir bahawa semua tu adalah sesuatu yang mengajar kita erti hidup..
Cinta kepada manusia dan daripada manusia, tak pernah kekal.. jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita..
Bila kita meratap, bersedih, hilang semangat kerana kekasih..KENAPA??
Dia belum menjadi milik kita dan dia takkan menjadi milik kita abadi kita kerana kita semua adalah milik NYA..

Tidak semua orang tahu menghargai kasih sayang, pengorbanan, kejujuran dan keikhlasan kita..termasuklah orang yang kita gelar kekasih..
Bila dia rasakan diri kurang perhatian, mulalah berpaling pada insan lain..
Bila sudah kehilangan, barulah datang kembali mengucapkan seribu kemaafan dan madah-madah cinta yang seolah-olah dia pencinta yang begitu setia..
Sedangkan sebelum itu, dialah yang menghancurkan harapan dan hati kita yang begitu ikhlas menyayanginya......
Begitulah lumrah manusia, hanya menghargai apabila sudah kehilangan..bila ada di sisi,tak dipandang pun segala pengorbanan yang dibuat..
Tak perlulah kamu bersedih kerana si dia yang tak menghargai kesetiaan, kasih sayang dan cinta kamu padanya..ini adalah peluang untuk kamu mencari yang lebih baik..dan tak ada seorang pun manusia yang berjaya menemui kebahagiaan dalam hidupnya tanpa menempuh kekecewaan..

BANGUNLAH!!! TAK PERLU MERATAP LAGI!!!
SETIAP KEKECEWAAN PERLU KITA HADAPI..KUATKAN SEMANGAT, TABAHKAN HATI...INSYAALLAH, KEBAHAGIAAN TETAP MILIKMU...

0 comments:

 

.: Abadi Selamanya :. Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting